Wednesday, 5 October 2011

PROGRAM AMAL BERSAMA PENGHUNI ASRAMA ANAK-ANAK YATIM NURUL EHSAN KPG TALANG TENGAH SG SIPUT (U) PERAK 2011

Baru-baru ni (penghujung September 2011) Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 (Cawangan Sg Siput (U) Perak) telah membuat program turun padang sambil beramal bersama-sama dengan anak-anak yatim di Asrama Anak-anak Yatim Nurul Ehsan Kpg Talang Tengah Sg Siput (U) Perak Antara aktiviti yang dibuat ialah mengajar anak-anak ni asas Silat Melayu Keris Lok 9 dan Senaman Melayu Tua.Pemegang amanah Silat Melayu Keris Lok 9 cawangan Sg Siput Perak iaitu Cikgu  Mohd Syahir Makin telah pun bertanya dengan anak-anak ini tentang impian mereka masing-masing,...nak tahu apa yang mereka inginkan?.... So saya telah pun copy & paste dari blog Cikgu Syahir tentang impian anak-anak ini dan berita yang terbaru saya terima pada hari ini ( 05/10/11 ) , persatuan  tersebut telah pun dapat mengumpul sejumlah 17 barang yang diidam-idamkan oleh anak-anak ini.> " BUKAN NAK NAMA, TAPI SEKADAR MENUNAIKAN HAJAT  HAMBA ALLAH YANG LAIN "<.Kepada mereka yang perihatin kepada anak-anak ini, bolehlh menghubungi Cikgu Syahir seperti di dalam maklumat yang saya copy & paste dari blog beliau.Akhir kalam , saya ingin  tinggalkan sedikit maklumat di bawah ini untuk dijadikan sebagai renungan kita bersama.


Renungan 1

Tahukah kamu mereka yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, (QS. Al-

Ma`un : 1-2) 

Renungan 2

Pada suatu hari, Nabi hendak ke masjid menunaikan solat hari raya. Tiba-tiga baginda terserempak dengan seorang anakyatim yang sedang menangis. Lalu baginda bertanya,``Kenapa engkau menangis?'' Budak itu menjawab, ``Saya tidak mempunyai ayah dan rakan-rakan memakai baju baru tetapi saya keseorangan''.
Kemudian baginda membawa budak itu pulang ke rumah dan bertanya kepadanya, ``Mahukah engkau mendapat seorang ayah iaitu Rasulullah s.a.w. dan saudara kamu ialah Fatimah?'' Budak itu seterusnya dimandikan dan diberi pakaian baru.
Rasulullah s.a.w  juga bersabda dari hadis riwayat at- Tabrani, di antara  cara melembutkan hati seseorang, hendaklah mengusap kepala anak yatim. Ini merupakan kelebihan untuk orang-orang yang kurang sabar dan pemarah.

Renungan 3

RasulLah S.A.W telah bersabda dengan mafhumnya." Bila engkau ingin agar hati menjadi lembut dan damai dan Anda mencapai keinginanmu, sayangilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berilah dia makanan seperti yang engkau makan. Bila itu engkau lakukan , hatimu akan tenang serta lembut dan keinginanmu akan tercapai. (HR Thabrani).


Renung-renung dan fikir-fikirkanlah sebelum anda direnung dengan renungan murka dan sebelum fikiran anda menjadi TAK SIUMAN.....

>COPY & PASTE DARI BLOG CIKGU SYAHIR

so masih ada 27 barang diperlukan - sponsor @ sumbangan ikhlas daripada tuan puan yang budiman.
Tuan puan boleh mengepos hadiah tersebut ke alamat saya : mohd syahir makin. PPK Sg Siput (U) Lot 8698 kampung Sungai Sejuk, 31100 Sungai Siput (U) atau terus ke rumah anak2 yatim di alamat berikut : Asrama anak-anak yatim kampung talang tengah, 31120 sungai siput (U) perak . telefon : 019-5774553 (pengasas)

>untuk program barang impian ini silalah berhubung dgn saya sekiranya tuan puan ingin menyumbang hadiah tersebut bagi mengelakkan pertindihan hadiah.





Nama
Barang
Nama
Barang
Aidil azmi - selesai
Seluar jeans size 42
Iman
Jam loceng angry bird
Zieha - selesai
Jam dinding
Athiyah
Basikal besar warna merah
Rizuan - selesai
Kereta control
Ayap - selesai
Badminton raket set
Fartin
Broadband
Safawati
Cermin mata (penglihatan)
Hidayah
Seluar cheetah >size S – form 4
Sharil hanir
Kasut bola 41
Farah ain - selesai
Jam tangan
Hakimi - selesai
Kereta kontrol
Putera mail - selesai
Kereta control
Hafiz azuar
Kasut bola  size 43
Azizi
Basikal
Zulhilmi
Kasut  bola size 11
Ikwan
Kasut bola saiz 35
Asyikin
Teddy bear
Shahrul
Seluar track saiz 23
Abu -selesai
Jam tangan
Dalilah - selesai
Teddy bear
Tirah - selesai
Buku nota dan latihan spm past year
Aisyah - selesai
Teddy bear pink
Norman - selesai
Kereta kontrol
Bolat - selesai
Set alat tulis dan peperiksaan
Safur
Kasut bola size 38
Mirza
Kasut bola 40
Hafiz syukor
Kasut berjalan
Zhamir - selesai
Kasut bola 8
Hairi
Kasut bola
Alika
Kasut bola 40
Sarah
Basikal besar- sekolah menengah
Hanafi
Kasut bola 42
Hasmirul
Kasut bola 6
syawal - selesai
Set alat tulis
Faisal form 1
Kasut jalan size 7
zaidi - selesai
Kereta control


Mahmood
Kasut bola 46
Azmira
Handbag colour  hitam
Najihah
Teddy bear
Shahira
Radio
Azirah - selesai
Jam tangan
Kembar abang - selesai
Seluiar jeans size 24













terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang budiman, insya Allah budi yang baik akan dibalas jua. Insya Allah.
*Nak lebih jelas lagi silalh bertandang ke blog : http://silatpanglimakasim.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment