InsyaAllah kalau ada sambutan dari pembaca, saya akan buat VCD cara-cara buat kek lapis.Itu pun kalau ada yang berminat, kalau takde, alamatnya terkuburlah resepi tu bersama-sama dengan saya.Apa macam? ada brani ker...( macam rancangan Bang bang boom la pulak ).Tapi bukan semua resepi saya nak bagi...kalau bagi semua....bungkuslah bisness saya....cara-cara buat kek lapis dalam VCD tu nanti akan ditunjukkan satu persatu supaya pembaca yang nak belajar buat kek lapis tu nanti akan faham dengan mudah.
sila bagi pendapat (komen).......
lagi satu kalau anda yang nak release tension , bolehlah main games kat bawah sekali dalam blog ni...selamat mencuba
Menjual Kek Lapis Sarawak secara online dan menerima tempahan untuk pelbagai acara disamping berkongsi sedikit resepi yang ringkas mengenai Kek Lapis Sarawak.Semua bahan-bahan dijamin halal.
Tuesday, 29 March 2011
Monday, 28 March 2011
Kek Lapis Bunga Ros
Nama dia pelik sikit
Harga : RM 70.00
Size : 8 X 8 X 3 ( Inchi )
Berat : 3 Kilo.
add RM 20.00 untuk penghantaran melalui pos.kalau sekitar ipoh / kuala kangsar, free je hantarnya.
Susah sikit nak buat dia, kena ambik masa 2 hari.1 hari buat lapis atas ngan bawah...kemudian baru buat inti.nak kena susun dulu...100% kena tumpu kat kek ni sampai siap...silap sikit, tak menjadi la jawabnya...sabar2
Kek Lapis Masam-masam Manis
Favorite customer aku.......
Harga : RM 50.00
Size : Standard
Berat: 2 kilo
add RM 20.00 untuk penghantaran melalui pos
Kek Lapis Aiskrim Walnut
Yang ini harganya pun RM 55.00.Kalau pos tambah RM 20.00.Berat 1-2 kilo.saiz 8 X 8 X 3 ( Inchi ).Masak lebih dari 1 jam.Bukan senang woo....kena sentiasa ngadap dia ...takut hangus kek...SJ
Kek Lapis Keju
Kek Lapis ni paling orang suke....Nak buat senang..tapi remeh sikit....Harga RM 50.00...kalau pos(parcel) kena tambah RM 20.00. Saiz...standard 8 X 8 X 3 (inchi ).Siapa-siapa yang berkenan sila isi form kat sebelah...SJ
Subscribe to:
Posts (Atom)